Saturday, 20 August 2011

Ihya Ramadhan ( Treasure Hunt )

Murid SK Rentam selepas mendengar penerangan aktiviti Treasura Hunt.






Duduk menunggu arahan seterusnya sementara persiapan tempat sedang dibuat.








Ihya Ramadhan ( Tazkirah Nuzul Quran )

Tazkirah ringkas yang bertajuk Nuzul Quran





Wednesday, 17 August 2011

Kertas Kerja Ihya Ramadhan ( Treasure Hunt ) 2011

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1432H
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA RENTAM,
28300 BERA, PAHANG DARUL MAKMUR.

1.0 PENDAHULUAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan 1432H ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang di rancang.

2.0 MATLAMAT

Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1430H ini dijalankan adalah untuk:
2 .1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan..
2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
2.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.
3.2 Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
3.5 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.6 Murid-murid dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut :
Nama Program : Treasure Hunt dan Pertandingan Mewarna
Tarikh : 19 Ogos 2011
Hari : Jumaat
Masa :8.00 pagi – 12.10 tengahari
Tempat :Dewan Sekolah Kebangsaan FELDA Rentam


5.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini melibatkan semua murid Tahun 1,2,3,4,5,6, Pra Sekolah.
Tahap 1: Mewarna
Tahap 2 : Treasure Hunt

7.0 Anggaran Perbelanjaan

7.1 Treasure Hunt
Johan                       : RM 30
Naib Johan             : RM 25
Ketiga                       : RM 20
Saguhati                  : RM 10 x 7 Kumpulan
Jumlah                     : RM 145

7.2  Mewarna
RM 2 x 9 Pemenang         : RM 18

Jumlah Keseluruhan        : RM 163

8.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

Semua guru–guru Sekolah Kebangsaan FELDA Rentam
( Rujuk lampiran )

9.0 PENUTUP

Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seretusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Insyaallah.



Cara Aktiviti Dijalankan

Tahap 1
Aktiviti: Mewarna di kantin sekolah
Guru:

Tahap 2
Aktiviti: Treasure Hunt
Kumpulan: 10 orang murid terdiri daripada tahun 4,5,6
                    10 orang x10 kumpulan
Bilangan:  100 orang murid

Permainan
Chek point 1:
Nama permainan: Pokok Hikmat
Tempat: Dewan Sekolah
Guru terlibat:
Cara bermain: Buat 5 ayat menggunakan perkataan yang tergantung di pokok

Check point 2
Nama permainan: Pancing Ikan
Tempat: Bilik J-qaf
Guru terlibat:
Cara bermain: Bina 10 perkataan dari suku kata yang dipancing

Check point  3
Nama permainan: Bowling Ceria
Tempat: Bilik Agama
Guru terlibat:
Cara bermain: Jawab soalan daripada sampul surat yang dipilih

Check point 4:
Nama permainan: Hafaz Surah
Tempat: Bilik Kemahiran Hidup
Guru terlibat:
Cara bermain: Susun keratan ayat supaya menjadi surah yang sempurna.

Check point 5:
Nama permainan: Kiuz Nuzul Quran
Tempat: Dewan Sekolah
Guru terlibat:
Cara bermain: Menjawab setiap soalan kuiz yang diajukan.

Disediakan oleh
…………………………………

Panatia Agama Islam
Sekolah Kebangsaan FELDA Rentam

Borang Pertandingan Treasure Hunt

Kumpulan:……………………………………………………………………………..
Guru Pembimbing:…………………………………………………………………...
Soalan: Check Point 1
Bina Ayat
                                                                                                                                             1
                                                                                                                                             2
                                                                                                                                             3
                                                                                                                                             4
                                                                                                                                             5
Tandatangan: Hakim

Soalan: Check Point 2
Bina Perkataan

                                                           6                                                                                1
                                                           7                                                                                2
                                                           8                                                                                3
                                                           9                                                                                4
                                                           10                                                                              5
Tandatangan: Hakim


Check Point 3
Soalan no________________
1
2
3
4
5
Tandatangan: Hakim

Check Point 4
Keputusan: Lulus/ Gagal
Tandatangan: Hakim


Check Point 5
Keputusan: Lulus/ Gagal
Tandatangan: Hakim

*Jawapan yang sudah lengkap hendaklah dihantar terus ke ketua hakim(……………………………………………)

Friday, 12 August 2011

Mulakan Dengan Bismillah

Bismillah.
Hari ini merupakan bermulanya titik bersejarah bagi j-QAF SK Rentam membina sebuah blog yang akan memberi manfaat kepada pengunjung blog ini. Semoga Allah memberkati usaha yang dijalankan ini insyaAllah.